Perkhidmatan Air dan Pembetungan

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dasar bekalan air dan pembetungan bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
  • Mewujudkan mekanisme kawal selia industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang kondusif bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang. 
  • Mengimbangi aspek pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
 

FUNGSI

  • Menggubal, melaksana, memantau dan menilai Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Menyedia mekanisme pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan industri perkhidmatan air 
  • Melaksanakan, memantau, menilai, menambah baik pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
 

DASAR & PERUNDANGAN

  • Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]
  • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654]
  • Perintah-Perintah, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
 

PROGRAM

  • Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 & 2
  • Kempen Kesedaran Penggunaan Air
  • Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism-(TSM))
  • Kempen Penggunaan Produk Cekap Air
  • Peningkatan Pemulihan Perbelanjaan Operasi Operator Pembetungan Awam 
  • Pemantauan Program Capital expenditure (CAPEX) berdasarkan Pelan Perniagaan Operator Air
  • Pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan 
  • Penghasilan Air Pulih Guna 
 

HALA TUJU & SASARAN

  • 28.5% (2030)
    Pengurangan Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water - (NRW)) Ke Arah Kecekapan Dan Kelestarian Pengurusan Bekalan Air
  • TSM (2024)
    Peningkatan Kemampanan Kewangan Industri Bekalan Air dan Pembetungan melalui Pelarasan Tarif 
  • 180 l/c/d (liter per kapita per hari) (2025)
    Peningkatan Kemampanan Bekalan Air melalui Pengurangan Penggunaan Air Domestik
  • 200 JLH (juta liter sehari) (2030)
    Mendukung Ekonomi Kitaran melalui Peningkatan Penggunaan Air Pulih Guna
  • 20% (2030)
    Peningkatan Rizab Margin Air Terawat Bagi Mewujudkan Jaminan Sekuriti Air
  • 89.0% (2030)
    Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan Pembetungan Melalui Peningkatan Liputan Sistem Pembetungan Bersambung di Bandar-Bandar Utama
ATAS