Diploma Kaunseling Islam (DKI)
Diploma Kaunseling Islam (DKI)
No. Rujukan Program |
KPT/JPS[N/762/4/0053]: MQA/PA14908(06/27) |
Tahap Program |
Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program |
762 – Social, work and counseling |
Bahasa Pengantar |
Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Penawaran |
Konvensional |
Skim Pengajian |
Sepenuh masa |
Kaedah Pengendalian |
Kuliah, Tutorial, Amali dan Latihan Industri |
Kredit Bergraduat |
91 kredit |
Tempoh Pengajian |
2 tahun 6 bulan (5 Semester Panjang 2 Semester
Pendek) |
Ketua Program DKI
Faizura Binti Rohaizad
faizura@kpbkl.edu.my
Deskripsi Program DKI
Diploma ini merupakan integrasi di antara disiplin Ilmu
Kaunseling, Psikologi dan Pengajian Islam. Penawaran diploma ini bertunjangkan
bidang asas bimbingan kaunseling yang dilengkapi dengan pengetahuan agama
kerana isu- isu berkaitan kesihatan mental serta masalah sosial masyarakat masa
kini memerlukan pembimbing yang boleh membantu secara holistik. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran adalah secara hibrid (gabungan pembelajaran dalam
talian dan bersemuka), kajian lapangan dan latihan industri. Jangkamasa pengajian
program ini adalah selama 2 ½ tahun.
Program Diploma Kaunseling Islam (DKI) ini menawarkan kursus
– kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian
terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
a. Pengantar Psikologi
b. Pengenalan kepada Bimbingan Dan Kaunseling
c. Teori Kaunseling dan Psikoterapi
d. Psikologi Perkembangan Insan
e. Psikologi Sosial
f. Psikologi Abnormal
g. Asas Sistem Kekeluargaan
h. Bimbingan Individu dan kelompok
i. Psikologi Industri dan Organisasi
j. Bimbingan Kerjaya
Objektif Pembelajaran Program :
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
- Mengetahui
pengetahuan asas dalam bidang kaunseling dan psikologi Islam
- Melaksanakan
prinsip Islam dan kaunseling dalam menangani situasi, masalah dan isu.
- Mengaplikasikan
teknik dan kemahiran kaunseling dan menunjukkan sikap bertanggungjawab
dalam melakukannya
- Menggunakan
aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi yang bersesuaian ketika
berurusan dengan orang lain
- Menggunakan
pelbagai aplikasi maklumat dan digital dalam pengurusan data kaunseling
- Mempraktikkan
kerja secara pasukan dan memperlihatkan kesedaran tentang tanggungjawab
sosial berkaitan
- Menggunakan
kemahiran personal dan keusahawanan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan
pembangunan kerjaya
- Memperlihatkan
iltizam kepada nilai dan ajaran Islam dalam menawarkan perkhidmatan
membantu.
Syarat Kelayakkan :
- Memiliki
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang kurangnya
kepujian dalam 3 mata pelajaran; ATAU
- Lulus
Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang- kurangnya
Gred B dalam 3 mata pelajaran: ATAU
- Lulus
O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata
pelajaran; ATAU
- Lulus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk
kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
- Nota:
PPT perlu melakukan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang
program kepada pelajar; ATAU
- Lulus
Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 Malaysian Qualifications
Framework (MQF) dalam bidang berkaitan; DAN
- Memiliki
SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran;
dan
- melalui
program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus
Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00, ATAU
- Lulus
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran, ATAU
- Lulus
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (parigkat maqbul ATAU
- Kelayakan
lain yang diktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
- Sijil
yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya.
Pengambilan :
- April
- Julai
- September
Yuran :
- Yuran
Pengajian & Yuran Pendaftaran : RM19,140.00
- Yuran
keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM23,220.00
- Yuran
Penginapan Asrama : RM4,080.00
*tertakluk kepada pindaan semasa
Prospek Kerjaya :
Berikut adalah senarai jawatan yang boleh dipohon oleh bakal
graduan Diploma Kaunseling
Islam
a) Penolong Pegawai Psikologi (S29)
b) Penolong Pegawai Anti Dadah (S29)
c) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S29)
d) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S29)
e) Penolong Pegawai Rundingcara Keluarga di Mahkamah dan Jabatan Agama
Islam Negeri
Lain- lain:
a) Pembantu kaunselor di universiti dan sekolah
b) Ustaz/ Pendakwah
c) Sumber Manusia
d) Motivator/ Jurulatih
e) Pengurus acara
f) Konsultan /NGO
g) Pengurus taska
Institusi atau organisasi yang memerlukan graduan dalam
bidang ini adalah sangat luas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hospital,
Pusat Pemulihan akhlak, Pusat Kaunseling swasta, Penjara, Pertubuhan
Dakwah, institusi agama, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti dan
Kolej dan lain lain.
Peluang Melanjutkan Pengajian
Sarjana Muda Kaunseling / Sarjana Muda Bimbingan dan
Kaunseling/ Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di Universiti Awam dan Universiti
Swasta
Last updated: December 19, 2023 at 23:48 pm