Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

 

No. Rujukan ProgramKPT/JPS(N/344/6/0558) MQA/PA14215(04/26)
Tahap ProgramSarjana Muda / Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program344 – Accounting and Taxation
Bahasa PengantarBahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah PenawaranKonvensional
Skim PengajianSepenuh Masa
Kaedah PengendalianKuliah dan Tutorial
Kredit Bergraduat129 jan kredit
Tempoh Pengajian3 Tahun (8 semester)

Koordinator Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION)

Norlela Binti Ismail
 : norlela@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur menawarkan program bertaraf antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) sebagai salah satu program dibawah seliaan Fakulti Pengajian Teknokorporat. Program ini mempunyai ambilan pertama iaitu pada Januari 2022.

Program ini merupakan kelayakan Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh pihak ACCA. Tujuan program ini diperkenalkan adalah bagi melahirkan ilmuan profesional Muslim yang berdaya saing dan kompeten dalam bidang perakaunan selain memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia mahupun antarabangsa.

Program ini turut mengetengahkan pelbagai bidang pelajaran merangkumi aspek perakaunan, kewangan, percukaian, audit, pengekosan dan juga pengurusan. Pelajar turut didedahkan dengan pemahaman dan keupayaan dalam menyediakan penyata perakaunan berdasarkan amalan standard antarabangsa. Pelajar juga diterapkan dengan penguasaan penggunaan aplikasi komputer yang meluas. Ini adalah kerana pelajar bakal menjawab peperiksaan luaran secara computer-based exam

Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang :

  • Kompetan dan berdaya saing didalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi
  • Memahami dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan didalam industri yang berkaitan
  • Mempamerkan kemahiran praktikal, nilai etika dan profesionalisme didalam bidang bidang yang diceburi
  • Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial
  • Menguasai kemahiran komunikasi dan mengambil peranan sebagai ketua dan mampu bekerja secara berpasukan
  • Mampu menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif
  • Mempunyai pengetahuan tentang aplikasi komputer terkini sejajar sebagai keperluan belajar sepanjang hayat
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan

Syarat kelayakkan :

  1. MUET Band 2 DAN Lulus ACCA Foundation in Accountancy – (ACCA – FIA)
  2. ATAU Lulus Certified Accounting Technician (CAT);
  3. ATAU Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana-mana dua mata pelajaran, dan kredit dalam Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya;
  4. ATAU Lulus Matrikulasi atau Asasi atau setara dengan minimum PNGK 2.50 ke atas dan kredit dalam Matematik di peringkat SPM atau yang setara dengannya;
  5. ATAU Lulus Diploma dalam Perakaunan atau bidang berkaitan (Tahap 4, KKM) dengan PNGK 2.50 ke atas;
  6. ATAU Lulus Diploma London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications (LCCIIQ) atau setara dan mendapat kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus English for Business Level 2 LCCIIQ (jika tidak mendapat kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM);
  7. ATAU Lulus Sarjana Muda Perakaunan (Tahap 6, KKM) dengan PNGK 2.50 ke atas;
  8. ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

*Nota: Syarat kredit Matematik pada peringkat SPM bagi calon (iii), dan (iv) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kredit mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.

Pengambilan :

  • Januari
  • April
  • Jun / Julai
  • September

Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :

  • RM 58,886.00

Yuran Keseluruhan Sepanjang Tempoh Kursus :

  • RM 64,666.00

Yuran Penginapan Asrama :

  • RM 5,780.00

Prospek Kerjaya

Graduan Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) bekerja merangkumi:

  • Perakaunan
  • Audit Dalam
  • Audit Luar
  • Percukaian
  • Pematuhan Cukai dan Kewangan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA QUALIFICATION) merangkumi :• Pegawai Khidmat Pelanggan di institusi kewangan.

• Pembantu Kewangan.
• Pembantu Juruaudit
• Pembantu Akauntan
• Akauntan
• Juruaudit
• Ketua pegawai kewangan
• Pengarah kewangan
• Pengurus kewangan
• Juruaudit dalaman
• Penganalisis kewangan

Peluang Melanjutkan Pengajian :

  • Sarjana Perakaunan di Universiti Awam dan Universiti Swasta
  • Program professional yang lain: CIMA, CTIM, ICSA dan lain-lain

Last updated: December 4, 2023 at 10:25 am

ATAS