Diploma Teknologi Maklumat (DITe)

Diploma Teknologi Maklumat (DITe)


No. Rujukan Program
KPT/JPS[R/0611/4/0174]:MQA/FA9250(07/28)
Tahap Program
Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia
Bidang Program
482 – Computer Use
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pengajaran
Konvensional
Mod Program
Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran
Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri
Kredit Bergraduat
91 kredit
Tempoh Pengajian
Sepenuh Masa : 2 ½ tahun (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)


Ketua Program DITe

Zarina Binti Abdul Aziz
 : zarina@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program DIte

Diploma Teknologi Maklumat ( Keusahawanan) atau nama ringkasnya DITE adalah merupakan program di bawah Sekolah Sains Komputer dan Kuantitatif, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Ambilan pertama adalah pada September 2018. Tujuan program Diploma Teknologi Maklumat Keusahawanan (DITE) adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang teknologi maklumat dan keusahawanan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa. Sejajar dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, di mana ianya merupakan peralihan daripada era digital kepada era siber fizikal. Keadaan ini akan mencetuskan kepada wujudnya permintaan terhadap peluang pekerjaan yang sangat kurang di masa ini. Antaranya adalah seperti pengurus akaun media sosial bagi sesuatu organisasi atau syarikat yang menjalankan perniagaan melalui atas talian seperti di Facebook, Instagram dan Whatsapp syarikat bagi tujuan pemasaran. Selain daripada itu, usahawan atas talian (online) juga semakin bertambah dari semasa ke semasa . Hal yang demikian, mewujudkan pasaran kerja yang akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis. KPBKL sedang menuju ke arah institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar mana-mana golongan pelajarnya tidak terpinggir dalam era siber fizikal ini.

Objektif Pembelajaran

Program ini akan melahirkan graduan yang :

  • Kumpulan pelaksana usahawan berteknologi yang berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan, memahami dan menganalisis isu serta keperluan majikan atau industri
  • Usahawan teknologi yang berkeupayaan memimpin dan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menyelesai masalah merentas disiplin melalui komunikasi berkesan dan pemikiran kritis
  • Usahawan teknologi yang sentiasa mempertingkat pengetahuan serta berkeupayaan bergerak seiring dengan kemajuan infrastruktur ICT semasa untuk meneroka peluang baru
  • Usahawan teknologi yang sentiasa berpegang teguh pada nilai, etika, moral, adab dan profesionalisme dalam menawarkan perkhidmatan

Prospek Kerjaya

Graduan program DITE boleh menceburi kerjaya sebagai :

  • Usahawan Teknologi Maklumat
  • Pengurus Syarikat
  • Pegawai Pemasaran
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Pegawai Analisis Perniagaan Internet

Syarat Kelayakan :

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik
  • ATAU O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik
  • ATAU Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
  • ATAU Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara denganTahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
  • ATAU Lulus kelayakan lain yang setara dengan sijil (Tahap 3 MQF) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM (Calon yang tidak mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan mata pelajaran Matematik di peringkat SPM)
  • ATAU STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam 1 mata pelajaran dan kepujian Matematik di peringkat SPM
  • ATAU STAM (pangkat Maqbul) dan kepujian Matematik di peringkat SPM
  • ATAU Kelayakan- kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Nota :
Calon yang mempunyai kepujian dalam bidang komputeran pada peringkat SPM atau setara dengannya boleh diberi keutamaan.

Klik untuk memohon

Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :

  • RM 25,348.00* sepanjang tempoh pengajian.

Asrama :

  • RM 4,080.00* sepanjang tempoh pengajian.

*tertakluk kepada pindaan semasa

Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan) boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam (IPTA) dan universiti swata (IPTS) yang menawarkan program yang berkaitan.

Panel Penilai Luar Program

Penilai Luar (Akademik)

En. Mohd Azhar Bin Abd Wahab – Pengarah Urusan Zettasoft Sdn Bhd sejak 1997. Beliau juga adalah Penyelia program Latihan Industri untuk pelajar IPTA/IPTS dalam bidang Teknologi Maklumat dan Technopreneurship. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Sarjana Sains (Technopreneurship) dari Universiti Utara Malaysia Malaysia (UUM), dan Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pengaturcaraan dan grafik seperti PHP, IBM Domino, MS Visualbasic, COBOL, ANSI C, PASCAL, Fortran, JAVA, Adobe Photoshop, Illustrator, Macromedia Dreamweaver dan HTML. Bagi kepakaran komputer pula, beliau mempunyai kepakaran menggunakan PC & Server maintenances, biometric solution, computer networking, Project Management in Software Development, Ruckus CCTV, IT Training, Software Engineering, Database Management (Microsoft SQL & MySQL) & ICT consultation.

Penilai Luar (Industri)

Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah – Timbalan Dekan (Pascasiswazah) di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta pensyarah Pengurusan dan Keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperoleh PhD dalam bidang Keusahawanan dari University of Essex, United Kingdom. Bidang penyelidikannya adalah dalam bidang keusahawanan, francais, pengurusan strategik dan pembangunan SME. Beliau telah terlibat dalam 42 projek penyelidikan dan menerbitkan dan mengarang bersama 24 buku dan lebih daripada 90 makalah akademik dalam pelbagai jurnal dan prosiding yang diadili. Beliau adalah Editorial Board for Journal of Entrepreneurship and Innovation in Emerging Economies (SAGE), Amity Journal of Entrepreneurship (Amity University) dan Global Advances in Business Studies (Universitas Negeri Jakarta), selain pengulas untuk 10 jurnal akademik yang diindeks oleh WOS, Scopus dan MyCite. Beliau juga telah terlibat dalam industri francais sejak tahun 2000 sebagai pelatih, perunding, penyelidik dan merupakan Pengerusi Anugerah Francais Malaysia dari tahun 2011-2014. Selanjutnya, beliau juga memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun dalam latihan dan pengembangan francais, keusahawanan dan pengurusan. Beliau adalah Penilai Kanan untuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak tahun 2004, terlibat dengan projek perundingan dengan syarikat swasta, universiti swasta dan agensi kerajaan.

ATAS