Pra Perdagangan (BA003)

Pra Perdagangan (BA003)

No. Rujukan ProgramKPT/JPS[R3/0410/3/0014]:MQA/FA3386 (06/26)
Tahap ProgramSijil / Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program010- Basic / Broad,General Programmes
Jenis ProgramKerjasama
Bahasa PengantarBahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kaedah PenawaranKonvensional
Skim PengendalianSepenuh Masa
Kaedah PengendalianKulian dan Tutorial
Kredit Bergraduat20 jam kredit
Tempoh Pengajian1 Semester / 4 Bulan 2 Minggu

Ketua Program Pra Perdagangan (BA003)

Norazmunira Binti Ali Berdiri
norazmunira@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program Pra Perdagangan (BA003)

Program Pra Perdagangan (BA003) merupakan program khas yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam untuk menyambung pengajian mereka di UiTM melalui program Pra Diploma.

Program Pra Perdagangan (BA003) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan sebagai persediaan bagi pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma UiTM. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

a. Pengenalan Perakaunan
b. Matematik Intensif
c. Bahasa Inggeris
d. Pengenalan Perniagaan
e. Pengantar pembangunan Insan
f. Study Skills

Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang anak-anak bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam.

Syarat Kelayakkan :

LULUS SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan
sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu
LULUS Matematik / Matematik Tambahan
LULUS Bahasa Inggeris
LULUS Sejarah

Pengambilan :

    • Mac
  • Oktober

Yuran :

  • Yuran Pengajian (RM2,200.00) dan Yuran Pendaftaran (RM800.00) :RM3,000.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM3,850.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM850.00

*(KPBKL menawarkan *insentif pendidikan sebanyak 100% kepada pelajar (Yuran
Pengajian & Kos Perkhidmatan UiTM) )

Peluang Melanjutkan Pengajian

Pelajar layak untuk penerapan ke Program Diploma UITM setelah Lulus Naik Taraf (LNT)
dengan minimum CGPA 2.00

Terdapat beberapa program Diploma UiTM yang boleh dimohon untuk melanjutkan
pengajian, tertakluk kepada syarat-syarat khas program.

Last updated: May 31, 2024 at 10:18 am

ATAS