Diploma Pengajian Perniagaan Secara Kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) (BA111)

Diploma Pengajian Perniagaan Secara Kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA
(UiTM) (BA111)

No. Rujukan Program

KPT/JPS[R3/340/4/0244]:MQA/A1862 (01/27)

Tahap Program

Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Bidang Program

340 – Business and Administration

Jenis Program

Kerjasama

Kaedah Penawaran

Kuliah dan Tutorial

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kaedah Penawaran

Konvensional

Skim Pengendalian

Sepenuh Masa

Kaedah Pengendalian

Kulian dan Tutorial

Kredit Bergraduat

91 jam kredit

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 bulan (5 Semester)


Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan UiTM (BA111)

Norazmunira Binti Ali Berdiri
norazmunira@kpbkl.edu.my


Deskripsi Program Diploma Pengajian Perniagaan UiTM (BA111)

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur merupakan kolej bersekutu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan diberi kepercayaan untuk menawarkan program Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) dengan mematuhi 100% sukatan pelajaran daripada UiTM. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111), diharapkan selepas mengikuti program ini, KPBKL dapat melahirkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang perniagaan termasuk bidang pemasaran, ekonomi, kewangan serta pengurusan selain dapat melahirkan graduan yang mampu berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) ini menawarkan kursus – kursus yang
relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus –
kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

a. Prinsip Pengurusan
b. Prinsip Ekonomi
c. Matematik Perniagaan
d. Pengurusan kewangan
e. Perakaunan
f. Statistik kewangan
g. Prinsip Pemasaran
h. Gelagat organisasi
i. Pengurusan Sumber Manusia
j. Keusahawanan
k. Pengurusan Pelaburan
l. Pengurusan operasi


Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Boleh menggunakan dan memahami pengetahuan asas perniagaan dan pengurusan.
  • Boleh menggunakan teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan.
  • Menunjukkan kemahiran hubungan interpersonal yang berkesan dalam kerja/belajar.
  • Menunjukkan kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang berkesan dan kolaboratif.
  • Menunjukkan kemahiran digital yang relevan untuk kerja/belajar.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang dan mampu berkomunikasi dengan berkesan juga bekerja sebagai satu pasukan.
  • Mempunyai kemahiran sosial dan sedar akan tanggungjawab mereka.
  • Memperoleh dan menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan.


Syarat Kelayakkan :

1) Bagi Lepasan SPM

Syarat Am Universiti

LULUS SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan
mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN TERMASUK Bahasa Melayu
DAN
Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran:
• Bahasa Inggeris
• Matematik / Matematik Tambahan

2) Bagi Lepasan Pra Diploma UiTM
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM


Pengambilan :

  •  Mac
  • Oktober


Yuran :

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM17,278.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM21,528.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,250

*tertakluk kepada pindaan semasa


Prospek Kerjaya :

Graduan Program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam pelbagai syarikat swasta mahupun kerajaan di bahagian pentadbiran atau pengurusan termasuklah bidang:

  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Pemasaran
  • Sumber manusia
  • Pelaburan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) merangkumi :

  • Usahawan
  • Eksekutif Pemasaran dan Jualan
  • Usahawan e-dagang
  • Penolong Pengurus
  • Pegawai Operasi
  • Penyelidik Perniagaan
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Pegawai atau Agen Insuran


Peluang Melanjutkan Pengajian

Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda.


Last updated: March 27, 2024 at 12:14 pm

ATAS