Sijil Aplikasi Muamalat (SAM)

Sijil Aplikasi Muamalat (SAM)

No. Rujukan Program

KPT/JPS[N/0413/3/0001]:MQA/PA 15972 (02/28)/td>

Tahap Program

Sijil / Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)/td>

Bidang Program

0413-Islamic Banking and Finance

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kaedah Penawaran

Kuliah dan Tutorial

Skim Pengajaran

Sepenuh Masa

Kaedah Pengajaran

Kuliah, Tutorial dan Makmal

Kredit Bergraduat

60 kredit

Tempoh Pengajian

1 tahun 6 bulan (4 Semester)


Ketua Program Sijil Aplikasi Muamalat (SAM)

Nurul Syakirah Binti Rifin
nurulsyakirah@kpbkl.edu.my


Deskripsi Program Sijil Aplikasi Muamalat

Sijil Aplikasi Muamalat (SAM) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) adalah satu program persediaan yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya bagi mereka yang tidak memenuhi syarat minimum kemasukan ke program diploma di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi lain.

Penawaran program sijil ini bertujuan melahirkan graduan profesional Bumiputra Muslim yang mampu menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan ke peringkat seterusnya dalam masa yang sama menghasilkan graduan dalam bidang pengurusan patuh syariah yang memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan Antarabangsa.

Program Sijil Aplikasi Muamalat (SAM) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa industri dan sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah:

a. Maqasid Shariah dalam Pengurusan
b. Prinsip Pengurusan Patuh Shariah
c. Pengurusan Kehartaan Islam di Malaysia
d. Pengurusan Sumber Manusia dalam Islam


Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mengenalpasti ilmu asas dan prinsip Islam dalam bidang mualamat
  • Menerangkan konsep dan prinsip Islam dalam bidang muamalat
  • Mengaplikasi konsep dan prinsip Islam untuk menyelesaikan isu-isu dalam bidang muamalat
  • Menguasai kemahiran komunikasi untuk menjelaskan dan mengupas isu-isu dalam bidang muamalat
  • Menunjukkan kemahiran kerja berpasukan dalam bidang muamalat
  • Melaksanakan tugas menggunakan aplikasi digital dan perisian berkaitan dengan fungsi kerja untuk memenuhi keperluan dan piawaian bidang muamalat
  • Mengaplikasi kemahiran numerasi dalam menyelesaikan masalah yang memenuhi keperluan dan piawaian bidang muamalat
  • Menunjukkan kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab serta mampu melaksanakan arahan tugas selari dengan keperluan bidang muamalat
  • Menunjukkan komitmen kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan diri dalam bidang muamalat
  • Mematuhi ciri-ciri keusahawanan muslim untuk mengurus serta memimpin dalam organisasi berkaitan
  • Mengamalkan nilai, norma, etika, adab dan profesionalisme dalam bidang muamalat


Syarat Kelayakkan :

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setara
    dengan SATU kredit.


Pengambilan :

  • April 
  • September


Yuran :

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran :RM10,600.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus: RM13,490.00
  • Yuran Penginapan Asrama :RM2890.00

*tertakluk kepada pindaan semasa


Prospek Kerjaya :

Graduan boleh menempatkan diri di industri melalui penjawatan berikut:

  • Pembantu Tadbir Syariah
  • Penolong Pegawai Halal
  • Pembantu Pegawai Pentadbiran
  • Pembantu Hal Ehwal Islam
  • Pembantu Tadbir Operasi
  • Pembantu Penguatkuasa
  • Pembantu Tadbir Sokongan


Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej
Profesional Baitulmal Kuala Lumpur/ mana-mana IPTA/IPTS dalam bidang Muamalat,
Kewangan Islam, Pengajian Islam dan bidang-bidang yang bersesuaian.

 

Last updated: May 7, 2024 at 23:28 pm

ATAS