Foundation in Accountancy (ACCA-FIA)

Foundation in Accountancy (ACCA-FIA)

No. Rujukan ProgramKPT/JPS[R2/344/3/0344]: MQA/A11206(02/25)
Tahap ProgramFoundation
Bidang ProgramPerakaunan
Bahasa PengantarBahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
Mod ProgramSepenuh masa
Kaedah PengendalianKuliah dan tutorial
Kredit Bergraduat50 jam kredit
Tempoh Pengajian1 tahun

Ketua Program Foundation in Accountancy (ACCA-FIA)

Nur Zakirah Md Salleh
Emel: zakirah@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program Foundation in Accountancy

Foundation in Accountancy (ACCA-FIA) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama Jun 2022 mengantikan Certified of Accountant Technician (CAT). Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Foundation in Accountancy, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang perakaunan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa.

Program Foundation in Accountancy (ACCA-FIA) ini menawarkan kursus – kursus yang
relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus –
kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
a. Perakaunan Kewangan
b. Perakaunan Kos
c. Perakaunan Pengurusan

Objektif Pembelajaran Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mengaplikasi pengetahuan berkenaan ilmu perakaunan dalam industri berkaitan
  • Mempamerkan kemahiran praktikal dalam perakaunan
  • Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial
  • Mengamalkan nilai, etika dan profesionalisme dengan melibatkan diri bersama
    masyarakat dan pihak berkepentingan
  • Berupaya menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik yang berkaitan isu
    perakaunan
  • Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk
    mengurus perniagaan

Syarat kelayakan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum lima (5) kepujian termasuk
    Matematik dan Bahasa Inggeris; ATAU
  • Group Diploma LCCI level 3

Pengambilan :

  • April
  • Jun / Julai
  • September

1 tahun (2 Semester Panjang 1 Semester Pendek)

Yuran

  • Yuran Pengajian (RM5,550.00) & Yuran Pendaftaran (RM260.00) :RM5,810.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus: RM7,850.00
  • Yuran Penginapan Asrama: RM2,040

* Tertakluk kepada pindaan Badan Profesional dari semasa ke semasa

Prospek Kerjaya :

Graduan Program Foundation in Accountancy (ACCA-FIA) memiliki peluang kerjaya yang
amat luas. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Foundation in
Accountancy (ACCA-FIA) bekerja merangkumi:

  • Perakaunan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Foundation in Accountancy (ACCA-FIA)
merangkumi:

  • Pembantu Akaun
  • Kerani Akaun
  • Pembantu Pegawai Kewangan
  • Cost Accountant Assistant

Peluang Melanjutkan Pengajian : ACCA.

Last updated: December 4, 2023 at 10:32 am
ATAS