Diploma Syariah Islamiyah

Diploma Syariah Islamiyah

No. Rujukan MQA

KPT/JPS(R/0224/4/0005)MQA/FA9254(10/28)

Tahap Program

Diploma / Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia

Bidang Program

221 – Religion

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Kaedah Penawaran

Konvensional

Skim Pengajian

Sepenuh masa

Kaedah Pengendalian

Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri

Kredit Bergraduat

97 kredit

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 bulan


Ketua Program Diploma Syariah Islamiyah (DSI)

Ku Putri Liliana Bt Ku Abd Halim : kuputri@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program Diploma Syariah Islamiyah (DSI)

Diploma Syariah Islamiyah (DSI) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2018. Selari dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program DSI – melahirkan graduan yang mampu menguasai perkara ibadat dan muamalat berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah serta graduan yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah. Sejajar dengan visi kolej melahirkan ilmuan profesional yang kompeten dan holistik agar mampu mendepani cabaran dan kehendak semasa.

Program Diploma Syariah Islamiyah (DSI) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus
yang ditawarkan adalah seperti di bawah :

  • Usul Fiqh
  • Fiqh Ibadat
  • Fiqh Jinayat
  • Fiqh Muamalat
  • Fiqh Munakahat
  • Fiqh Mawarith
  • Kaedah Fiqh
  • Latihan Industri
  • Pengantar Sistem Undang-Undang Di Malaysia
  • Pengurusan Dakwah Islam Di Malaysia
  • Tarikh Tasyri’
  • Undang-Undang Pentadbiran Islam Di Malaysia

Objektif Pembelajaran Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

1. Berupaya menguasai ilmu syariah islamiyah
2. Berupaya mengenalpasti permasalahan dan isu berkaitan tentang syariah dan
mencadangkan penyelesaian
3. Berupaya mengaplikasi ilmu syariah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dalam
memenuhi kehendak dan keperluan semasa
4. Berupaya memberi khidmat yang sesuai kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti
yang berkaitan dengan bidang syariah
5. Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan menjelaskan permasalahan dan isu yang
berkaitan dengan bidang syariah
6. Berkebolehan mengaplikasi kemahiran digital dalam bidang pengajian syariah
7. Berkebolehan mengaplikasi kemahiran numerasi dalam bidang pengajian syariah
8. Berupaya memimpin diri, keluarga dan masyarakat mengikut hukum dan peraturan
yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah
9. Berkebolehan dalam pengurusan maklumat dan berkemampuan untuk pembelajaran
sepanjang hayat dalam bidang pengajian syariah
10. Berkebolehan melaksanakan keusahawanan Islam sebagai nilai tambah untuk
mengurus dan memimpin masyarakat Islam
11. Berupaya mengamalkan nilai beretika dan profesionalisme sebagai graduan dalam
bidang Syariah Islamiyah

Syarat kelayakan :

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian
dalam 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu
mata pelajaran Pengajian Islam; atau
2. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran dan
lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian
Islam; atau
3. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
4. Lulus Sijil Pengajian Islam atau bidang berkaitan (Tahap 3, KKM) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.0; atau
5. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-
kurangnya gred C (PNGK 2.0) dalam 1 mata pelajaran; dan
6. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat Maqbul); atau
7. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pengambilan :

  • April
  • Jun/Julai
  • September

Yuran Pengajian :

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran: RM21,848.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus: RM25,928.00
  • Yuran Penginapan Asrama: RM4,080

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya

Graduan Program Diploma Syariah Islamiyah (DSI) memiliki peluang kerjaya di pelbagai jabatan dan institusi sama ada dalam kerajaan atau swasta. Antara jabatan dan institusi yang bersesuaian untuk graduan Diploma Syariah Islamiyah (DSI) bekerja ialah seperti:

  • Jabatan Agama Islam
  • Jabatan Kehakiman Syariah
  • Institusi Pendidikan
  • Institusi Dakwah

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Syariah Islamiyah (DSI) merangkumi:

  • Penolong Pegawai Syariah
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Pendidik
  • Pendakwah
  • Usahawan

Peluang Melanjutkan Pengajian :

Graduan Diploma Syariah Islamiyah (DSI) berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dalam bidang pengajian Syariah, Undang-undang atau mana-mana bidang pengajian Islam yang lain seperti Usuluddin, Al-Quran & As-Sunnah dan Dakwah serta mana-mana bidang pengajian yang menerima kelayakan diploma ini.

 

 

Last updated: November 24, 2023 at 16:35 pm

ATAS