Pusat Wakaf Intelek
KPBKL - MAIWP
Kolej Profesional Baitulmal (KPB-MAIWP) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar kategori asnaf untuk mendapatkan pendidikan tinggi dalam suasana yang kondusif ke arah matlamat meningkatkan taraf kehidupan dan mengeluarkan diri dan keluarga daripada kepompong asnaf. Kini KPB dengan bantuan dan prasarana yang berusia 27 tahun maka sewajarnya kemudahan serta prasarana di KPB diperbaharui dalam memenuhi syarat MQA untuk menjadi Kolej Universiti atau Universiti Wakaf.
Pusat Wakaf Intelek
Pusat Wakaf Intelek diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada korporat, syarikat dan masyarakat untuk berbakti menerusi amalan berwakaf. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Wakaf telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MAIWP sebagai MUTAWALLI DANA WAKAF melalui surat kelulusan yang bertarikh 8 NOVEMBER 2018 – Ruj. MAIWP.(S)100-6/3/16(27).
Pusat Wakaf Intelek akan memastikan semua yang diwakafkan akan diuruskan mengikut syariah dan undang-undang dimana agihan akan dibuat kepada tujuan seperti berikut :
- Kebajikan Pelajar Asnaf atau bukan asnaf.
- Kebajikan Staf
- Fasiliti KPBKL-MAIWP
Skim Wakaf & MyInfaq
Hubungi Kami
- USTAZ MOHD SYAKIR -017-2243755
- PUAN NORASHIKIN – 0133334481
Ext : 1019/1149/1007/2426
Email :wakaf@kpbkl.edu.my
Laman Web : wakaf.kpbkl.edu.my