Diploma in Business Administration

Diploma in Business Administration


No. Rujukan Program
KPT/JPS[N/340/4/0798]: MQA/FA11943(08/25)
Tahap Program
Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program
340 – Business and Administration
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kaedah Penawaran
Konvensional
Skim Pengajian
Sepenuh masa
Kaedah Pengendalian
Kuliah dan Tutorial
Kredit Bergraduat
91 kredit
Tempoh Pengajian
2 tahun 6 bulan


Ketua Program Diploma in Business Administration (DIBA)

Norazwanni binti Misrun : norazwanni@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program DIBA

Pertumbuhan pesat Industri di Malaysia telah menjadikan keperluan kepada bidang perniagaan meningkat. Oleh yang demikian, Fakulti Pengajian Teknokorporat menawarkan program Diploma in Business Administration (DIBA).Di sepanjang pengajian (7 semester), para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan

 Objektif Pembelajaran Program

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang:

  • Memiliki pengetahuan yang kompeten dalam bidang pengurusan perniagaan.
  • Memahami dan menuasai ilmu pengurusan perniagaan.
  • Berupaya mengaplikasi ilmu pengurusan perniagaan
  • Berupaya mengenal pasti isu-isu pengurusan perniagaan secara kritis serta mencadangkan penyelesaian secara kreatif
  • Menguasai kemahiran komunikasi untuk menjelas dan pemgupas isu-isu-isu pengurusan perniagaan.
  • Berupaya bekerja secara berpasukan dalam kepebagaian latar belakang kepercayaan, agama dan budaya.
  • Mengamalkan nilai, norma, etika, adab dan profesionalisme dalam pengurusan perniagaan.
  • Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat untuk tampil sebagai pembantu pengurus perniagaan dan pemimpin yang berwibawa.
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan.

Syarat Kelayakan

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya TIGA KEPUJIAN dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekurang-kurangnya Gred C [Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP 2.0)] dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred MAQBUL atau yang setaraf dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; (Pemberi Pendiidkan Tinggi (PPT) dikehendaki untuk melaksanakan saringan dan bimbingan yang bersesuaian dengan bidang program); ATAU
  • Lulus Sijil [Tahap 3, (Malaysian Qualifications Framework (MQF)] dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Pengambilan

  • April
  • Julai
  • September

Yuran :

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM25,498.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM29,578.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya

Graduan Program Diploma in Business Administration (DiBA) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma in Business Administration (DiBA) bekerja merangkumi:

  • Pentadbiran / Pengurusan
  • Pemasaran
  • Operasi
  • Kewangan
  • Insurans
  • Sumber Manusia

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma in Business Administration (DiBA) merangkumi :

  • Pegawai Pemasaran
  • Pegawai Pemasaran Digital
  • Pegawai Sumber Manusia
  • Pegawai Kewangan
  • Pegawai Pentadbiran
  • Pegawai Jualan
  • Perancang Kewangan

Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang Perniagaan dan Pentadbiran di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta di
Malaysia seperti:

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU)
ATAS