Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf

Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf

No. Rujukan MQA

KPT/JPS[R/345/4/0739]: MQA/FA4677(02/25)

Tahap Kursus

Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Bidang Program

345 – Pengurusan dan Pentadbiran

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia

Kaedah Penawaran

Konvensional

Skim Pengajian

Sepenuh masa

Kaedah Pengendalian

Kuliah, tutorial dan latihan industri

Kredit Bergraduat

91 jam kredit

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 bulan (7 Semester)


Ketua Program DPZW

Badriah Binti Nordin : badriah@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program  Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf (DPZW)

Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf (DPZW) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2015. Sesuai dengan tujuan,

objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan khususnya dalam bidang pengurusan zakat dan wakaf selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri.

Program Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf (DPZW) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

  1. Pengenalan Kepada Wakaf
  2. Pengurusan Harta Zakat
  3. Undang-undang Pentadbiran Harta
  4. Zakat Dan Wakaf Dalam Teknologi
  5. Zakat Dan Wakaf Dalam Ekonomi
  6. Asas Pengurusan Harta Tanah Wakaf Dan Strata
  7. Asas Keusahawanan Islam
  8. Ekonomi Islam
  9. Pemasaran Islam
  10. Pengurusan Dan Pembangunan Islam

Objektif Pembelajaran Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Melahirkan kumpulan pelaksana pengurusan Zakat dan Wakaf yang berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan, memahami dan menganalisis isu serta keperluan majikan atau industri
  • Melahirkan penolong pegawai zakat dan wakaf yang berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan bagi menyelesai masalah merentas disiplin melalui komunikasi berkesan dan pemikiran kritis
  • Membangunkan penolong pegawai zakat dan wakaf yang sentiasa mempertingkat pengetahuan serta berkeupayaan bergerak seiring dengan kemajuan infrastruktur ICT semasa untuk meneroka peluang baru
  • Membangunkan penolong pegawai zakat dan wakaf yang sentiasa berpegang teguh pada nilai, etika, moral, adab dan profesionalisme dalam menawarkan perkhidmatan

Syarat Kelayakan :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik atau yang setara; ATAU
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara; ATAU
  3. Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara; ATAU
  4. Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang setara; ATAU
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara; DAN
  7. Lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara *Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikuti mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian.

Klik untuk memohon

Pengambilan :

  • April
  • Jun / Julai
  • September

Yuran :

  • Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran : RM20,948.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM25,028.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,080.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya :

Graduan Program Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf (DPZW) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara
jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf (DPZW) bekerja merangkumi:

  • Kewangan
  • Perbankan
  • Pengurusan Pelaburan dan Harta
  • Takaful
  • Industri Perdagangan
  • Pendidikan
  • Pembangunan Sumber Manusia

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf (DPZW) merangkumi :

  • Pembantu Eksekutif Perunding Hartanah dan Wakaf
  • Pembantu Tadbir Perunding Perniagaan
  • Pegawai Kewangan
  • Penolong Eksekutif, Latihan & Pembangunan Asnaf
  • Penolong Pegawai Pengurusan Harta
  • Penolong Eksekutif Sumber Manusia

Peluang Melanjutkan Pengajian :

  • Business & Administration Management (MMU/UKM/UTP/UiTM/UniKL/SEGI University/Asia Pasific Uni./Uniten/KUPTM)
  • Muamalat Administration (USIM/UUM/UIM), Management
  • Islamic Finance (MSU/IIUM/UNITAR/UIM)
  • Human Resource Management (UPM/Sunway University/OUM/Unisel)
  • Dakwah and Islamic Studies

Last updated: November 24, 2023 at 9:42 am

ATAS