Diploma Perakaunan Secara Kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) (AC110)

Diploma Perakaunan Secara Kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA
(UiTM) (AC110)

No. Rujukan Program

KPT/JPS[R3/0411/4/0062]:MQA/A1861(01/27)

Tahap Program

Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Bidang Program

344 – Accounting and Taxation

Jenis Program

Kerjasama

Kaedah Penawaran

Kuliah dan Tutorial

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kaedah Penawaran

Konvensional

Skim Pengendalian

Sepenuh Masa

Kaedah Pengendalian

Kulian dan Tutorial

Kredit Bergraduat

99 jam kredit

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 bulan (5 Semester)


Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan UiTM (BA111)

Anna Zarina Binti Zakaria
anna.zarina@kpbkl.edu.my


Deskripsi Program Diploma Perakaunan UiTM (AC110)

Diploma Perakaunan UiTM (AC110) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) sejak tahun 1997. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran
program Diploma Perakaunan UiTM, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang perakaunan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa.

Program Diploma Perakaunan UiTM (AC110) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan
dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus
yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
a. Perakaunan Kewangan
b. Perakaunan Kos
c. Perakaunan Pengurusan
d. Percukaian
e. Audit
f. Prinsip Pengurusan
g. Prinsip Ekonomi
h. Matematik Perniagaan
i. Teknologi Maklumat
j. Keusahawanan
k. Undang – undang perniagaan dan Syarikat


Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mengaplikasi pengetahuan berkenaan ilmu perakaunan dalam industri berkaitan
  • Mempamerkan kemahiran praktikal dalam perakaunan
  • Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial
  • Mengamalkan nilai, etika dan profesionalisme dengan melibatkan diri bersama masyarakat dan pihak berkepentingan
  • Menguasai kemahiran komunikasi dan mengambil peranan sebagai ketua dan mampu bekerja secara berpasukan
  • Berupaya menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik yang berkaitan isu perakaunan
  • Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
  • Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawanan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan


Syarat Kelayakkan :

  • Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.
  • Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu DAN Lulus Sejarah.
  • SERTA memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, DAN Kepujian Gred C dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan.
  • ATAU Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM dengan mendapat minima PNGK 3.50.
  • Lulus Sijil Politeknik/IKM atau dari institusi lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang perakaunan dengan mendapat minima PNGK 3.50 DAN Lulus SPM/Setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Inggeris minima Gred B dan Matematik / Matematik Tambahan.

Pengambilan :

  • Mac
  • Oktober


Yuran :

  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM17,278.00
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM21,528.00
  • Yuran Penginapan Asrama : RM4,250

*tertakluk kepada pindaan semasa


Prospek Kerjaya :

Graduan Program Diploma Perakaunan UiTM (AC110) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Perakaunan UiTM (AC110) bekerja merangkumi:

  • Perakaunan
  • Audit Dalam
  • Audit Luar
  • Percukaian
  • Pematuhan Cukai dan Kewangan

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Program Diploma Perakaunan UiTM (AC110) merangkumi :

  • Penolong Juruaudit
  • Penolong Juruaudit Dalam
  • Pembantu Akaun
  • Pegawai Akaun
  • Pembantu Pegawai Cukai
  • Kerani Akaun
  • Pembantu Pegawai Kewangan
  • Juruwang bank


Peluang Melanjutkan Pengajian

Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Awam dan Universiti Swasta dan Program
Profesional seperti ACCA, CIMA & MICPA.


Last updated: November 27, 2023 at 12:50 pm

ATAS