Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

 

No. Rujukan MQA

KPT/JPS(R/345/4/0685) MQA/FA4678(12/24)

Tahap Kursus

Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Bidang Program

345 Pentadbiran dan Pengurusan (Management and administration)

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Kaedah Pengajaran

Konvensional

Mod Program

Sepenuh masa

Kaedah Pengajaran

Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri

Kredit Bergraduat

91 kredit

Tempoh Pengajian

2 Tahun 6 Bulan (7 Semester)


Ketua Program DPHU

Najmuddin Bin Mohamad Said : najmuddin@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program DPHU

Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2015. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah, diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dari sudut pengurusan pentadbiran dan pengoperasian di lapangan khususnya dalam bidang pengurusan haji dan umrah dan pelancongan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri.

Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

a. Pengenalan Haji dan Umrah
b. Pengurusan Operasi Haji dan Umrah
c. Dakwah dan Komunikasi
d. Kosmologi Tanah Arab
e. Fiqh Ibadat Haji dan Umrah
f. Pelancongan Islam
g. Asas Keusahawanan Islam
h. Pengurusan Ibadah Korban
i. Kewangan Islam
j. Pengurusan Dan Pembangunan Islam

Objektif Pembelajaran Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Melahirkan kumpulan pelaksana pengurusan dan bakal Pembimbing Haji dan Umrah
    yang berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan, memahami dan menganalisis isu
    serta keperluan majikan atau industri
  • Melahirkan Penolong Pengurus dan Pembimbing Haji dan Umrah yang
    berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan bagi menyelesai masalah merentas
    disiplin melalui komunikasi berkesan dan pemikiran kritis
  • Membangunkan Penolong Pengurus dan Pembimbing Haji dan Umrah yang sentiasa
    mempertingkat pengetahuan serta berkeupayaan bergerak seiring dengan kemajuan
    infrastruktur ICT semasa untuk meneroka peluang baru
  • Membangunkan Penolong Pengurus dan Pembimbing Haji dan Umrah yang sentiasa
    berpegang teguh pada nilai, etika, moral, adab dan profesionalisme dalam
    menawarkan perkhidmatan

Syarat Kelayakan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun setaraf dengan sekurang-kurangnya TIGA (3)
    kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik.
  • ATAU Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)dengan sekurangnya Gred C/Sijil
    Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya peringkat Maqbul
  • ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM, Tahap 3) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
    dan lulus SPM dengan minimum satu (1) kepujian;
  • ATAU Lulus Sijil (Tahap 3) Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dalam bidang berkaitan
    yang diiktiraf atau kelayakan yang setara;
  • ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • ATAU Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau
    setara perlu mengambil kursus Persediaan Bahasa Arab di awal pengajian.

Klik untuk memohon

Pengambilan :

  • April
  • Julai
  • September

Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :

  • RM 20,948.00* sepanjang tempoh pengajian.

Yuran Keseluruhan Sepanjang Tempoh Kursus

  • RM 25,028.00

Asrama :

  • RM 4,080.00* sepanjang tempoh pengajian.

*tertakluk pindaan semasa

Prospek Kerjaya

Graduan Program Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) memiliki peluang kerjaya yang amat luas di pelbagai jabatan baik di jabatan kerajaan dan swasta. Antara jabatan / unit yang bersesuaian untuk graduan Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah (DPHU) bekerja merangkumi:

  • Agensi Pelancongan
  • Agensi Pelancongan Haji dan Umrah
  • Pejabat Agama Negeri/Daerah
  • Agensi Kerajaan (JAWHAR, MOTAC dll)
  • Pendidikan (Sekolah)

Jawatan yang sesuai disandang oleh graduan Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah
(DPHU) merangkumi :

  • Mutawwif/Mutawwifah
  • Pembantu Pengurus Jemaah Umrah
  • Penolong Pegawai Haji dan Umrah
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal islam
  • Penolong Pegawai Operasi
  • Penolong Pegawai Pemasaran
  • Penolong Pegawai Pentadbiran
  • Pemandu Pelancong
  • Penolong Pegawai Operasi di Tanah Suci

Peluang Melanjutkan Pengajian :

  • Al-Quran & As-Sunnah (IPTA/IPTS)
  • Pendidikan Islam (IPTA/IPTS)
  • Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Operasi (IPTA/IPTS)
  • Kaunseling (IPTA/IPTS)
  • Syariah Islamiah (IPTA/IPTS)
  • Bahasa Arab (IPTA/IPTS)

Last updated: November 7, 2023 at 14:37 pm

ATAS