Diploma Pengurusan Industri Halal

Diploma Pengurusan Industri Halal

No. Rujukan Program

KPT/JPS[N/345/4/0889]:MQA/FA5839(12/25)

Tahap Program

Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia

Bidang Program

345 Pentadbiran dan Pengurusan (Management and administration)

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Kaedah Pengajaran

Konvensional

Mod Program

Sepenuh masa

Kaedah Pengajaran

Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri

Kredit Bergraduat

91 kredit

Tempoh Pengajian

2 tahun 6 bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)


Ketua Program DPIH

Nur Salihah Buang : nursalihah@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program DPIH

Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi ambilan pertama April 2016. Sesuai dengan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH), diharapkan selepas mengikuti program ini KPBKL melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengurusan industri halal selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri halal di Malaysia dan antrabangsa.

Program Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

a. Asas Halal dan Haram
b. Usul Fiqh
c. Pensijilan Halal
d. Sistem Pengurusan Halal
e. Pengauditan Halal
f. Kosmetik dan Farmaseutikal Halal
g. Perkhidmatan Makanan Halal
h. Rantaian Bekalan Halal
i. Penyembelihan Halal
j. Pengurusan Keselamatan Makanan
k. Asas Keusahawanan Islam
l. Pengurusan Operasi

Syarat Kelayakan :

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • ATAU Lulus STPM sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana pelajaran
  • ATAU Lulus STAM sekurang-kurangnya Gred Maqbul.
  • ATAU Sijil (Level 3 MQF) dalam mana-mana bidang yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00
  • ATAU Lulus Sijil (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan Lulus SPM dengan 1 kepujian
  • ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Klik untuk memohon

Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :

  • RM 20,948.00* sepanjang tempoh pengajian.

Asrama :

  • RM 4,080.00* sepanjang tempoh pengajian.

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya :

  • Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri, Pegawai Pensijilan Halal.
  • Pegawai Penguatkuasa Sijil Halal/Pegawai RND dalam Produk Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.

Panel Penilai Luar Program

Penilai Luar (Akademik)

Dr. Zalina Binti Zakaria – Pensyarah Senior di Department of Syariah & Law, Academy of Islamic Studies di Universiti Malaya (UM). Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang dari University of Manchester, United Kingdom. Beliau juga adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Halal UM (UMHRC) dan ahli Korean Association of Islamic Studies, International Member, 2018 (International). Bidang kepakaran beliau adalah dalam Cosmetic Safety Regulations, Halal Laws and Regulations dan Consumer Law.

Penilai Luar (Industri)

En Mohd Azimi Bin Mohd Basri – adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) jurusan Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Keselamatan Makanan & Halal di mana beliau pernah bekerja dengan pelbagai syarikat seperti Persatuan Unit Halal Jepun (JHUA), Movie Animation Park Studios – MAPS Perak, JHW Reels Resources Sdn Bhd dan banyak lagi. Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pematuhan Kesihatan dan Keselamatan F&B di Legoland Malaysia Resort. Tanggungjawabnya ialah mengatur Program Kelulusan Pembekal untuk Legoland Malaysia Resort. Di samping itu, beliau juga bertanggungjawab untuk membangun, melaksanakan, memantau, dan menjaga Sistem keselamatan makanan dan membuat senarai semak keselamatan makanan & jaminan halal dalam makanan. Beliau juga terlibat dalam Latihan Halal (HPB & MIHA) di Pusat Penyelidikan Halal Universiti Malaya, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Sekolah Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (IBSUUM) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis (PTSS). Beliau telah memperoleh pelbagai anugerah seperti BeSS Certification Recognition oleh KKM (untuk Legoland Malaysia Resort), tempat ke-2 untuk Pertandingan Video Keselamatan Makanan oleh Jabatan Kesihatan Johor, pengiktirafan School of Food Handler oleh KKM (untuk Legoland Malaysia Resort), Merlin Group Food Audit Keselamatan untuk tahun 2018 (HIJAU) dan banyak lagi.

Last updated: November 30, 2023 at 16:48 pm

ATAS