Pengurusan Sumber Manusia

OBJEKTIF

  • Memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
  • Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
  • Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.
  • Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmoni yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

 

FUNGSI

  • Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi selaras dasar JPA.
  • Menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL) dan mengedalikan program latihan dalaman serta menyelaras penyertaan biasiswa agensi luar. 
  • Menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan menyelaras aktiviti pelaksaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
  • Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.  
  • Menguruskan perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian/Jabatan.
ATAS