Program Motivasi Kendiri Dan Peningkatan Skor oleh Mahasiswa/i Kursus Pennghayatan & Peradaban
9 Julai 2024 (Selasa) – Mahasiswa/i bagi kursus MPU2113 Penghayatan Etika & Peradaban (PEP) telah menganjurkan Motivasi Kendiri Generasi Strawberi yang disampikan oleh penceramah jemputan Tuan Akhi Fairuz (Mohd Fairuz Bin Abu) dari MFA Smart Training & Consultancy.
Slot seterusnya, Skor Saya Semester ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairul Afendi Bin Husin (pensyarah FPKI).
Kedua-dua slot yang disampaikan bagi mengembangkan kemahiran sahsiah dan berdikari di kalangan peserta. Selain itu, program ini membantu membentuk mahasiswa/i menjadi generasi yang berdaya tahan dan boleh menyesuaikan diri dalam menguruskan emosi dan menangani tekanan pelbagai situasi kehidupan di alam institut pendidikan tinggi.
Seramai 120 orang peserta dari kesemua program diploma FPKI. Mereka terdiri di kalangan mahasiswa/i yang mencapai Gred Purata Keseluruhan (CGPA) di bawah 3.00.
Sekaligus bertujuan dalam memenuhi keperluan kursus PEP dalam penglibatan mahasiswa/i untuk terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa sukarelawan di bawah pensyarah penasihat Puan Nazhatul Ain Binti Hisamudin.
______________________________________________________________________________
July 9, 2024 (Tuesday) – Students of MPU2113 (Appreciation of Ethics & Civilization) have organized the Strawberry Generation Self-Motivation talk presented by guest speaker Tuan Akhi Fairuz (Mohd Fairuz Bin Abu) from MFA Smart Training & Consultancy. The second slot, “My Score this Semester” is conducted by Mr. Muhammad Khairul Afendi Bin Husin (FPKI lecturer).
The talk aims to develop student’s personality and independent skills. It also helps shape students into a resilient and adaptive generation in managing emotions and dealing with life pressure in higher education institutes.
A total of 120 students from FPKI consisting of students who achieve a Cumulative Grade Point Average (CGPA) below 3.00 attended the event.
The committee of the programs are students from MPU2113 who acted as volunteers under the supervision of Puan Nazhatul Ain Binti Hisamudin.